Bila Kali Pertama Bersua

Alahai mamat nie, macam sombong je, macam poyo je, macam berlagak pun ada? Nie antara perkataan yang pasti singgah di mulut mahupun hati sahabat-sahabat yang baru mengenali diri ini.

Tapi bila dah kenal ana, tak sangka banyak juga ko cakap kan, dulu pendiam je. Tak adalah berlagak sangat pun kan ko nie. Nie ayat yang pasti keluar selepas sudah lama kenal dengan ana.

Ana adalah seorang yang agak lambat panas apabila kali pertama berjumpa. Nak cakap pun kadang-kadang bukan main segan gila rasanya. Nak buka mulut pun payah umpama ada emas dalam mulut rasanya.

Tapi kalau dah kenal rapat, rasanya agak sukar untuk ana senyap rasanya. Tak caya, tanyalah mereka-mereka yang rapat pada ana, tak gitu? Menilai seseorang bukanlah daripada pembukaan kepada sesuatu perkenalan. Tetapi kenallah selepas dia menjadi kawan kita.


Labels: