Jurulatih Baharu Harimau Malaya Yang Pasti Mengejutkan Semua

Desas-desus mengenai siapakah yang akan dilantik sebagai ketua jurulatih baharu harimau malaya akhirnya terjawab selepas diumumkan oleh FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas  FAM, Dato' Mokhtar Ahmad.



Dan sudah semestinya nama jurulatih yang diumumkan ini mengejutkan semua pihak terutama peminat pasukan kebangsaan dan harimau malaya.

Jurulatih baharu harimau malaya yang baharu tidak lain tidak bukan adalah Dato' Ong Kim Swee. Beliau akan memegang jawatan no 1 skuad kebangsaan selama 2 tahun.



Bukanlah hendak menindakkan kemampuan pengendali yang pernah membimbing skuad harimau muda ini, tetapi hairan yang amat, hari tu cakap gebang kononnya ramai yang bukan calang-calang memohon untuk jawatan ini.

Dahlah peram punyalah lama sampai jadi pekasam, akhirnya tengok-tengok pengendali yang sama juga yang FAM ambil. FAM oh FAM, entah bilalah nak berubah.




Labels: