Kenapa Masuk Gua, Bukan Masuk Hotel


Selalunya kita akan mendengar ataupun membaca coretan di dalam laman sosial yang mana kebanyakannya akan menyebut ramai masuk gua hari ini. Pasukan mana pula masuk gua minggu nie?

Biasa tak korang dengar? Dan kebiasaannya ianya berlaku selepas kita menyaksikan perlawanan bola sepak. Biasanya yang cakap pasal hal nie pun kaum lelaki je, ke perempuan pun ada juga berbicara mengenai perkara nie?

Tapi persoalannya kenapa daftar masuk gua dan bukannya daftar masuk hotel? Sebabnya dah sah-sahlah lagi senang masuk gua sebab kalau pasukan korang memanjang kalah, kena masuk gua oklah sikit sebab gua tak perlu bayar, kalau hotel tak ke mahal korang nak bayar.

Kalau tiap minggu pula kalah, tak ke habis duit korang terpaksa daftar masuk ke hotel tiap minggu. Dah lah kalah, pastu keluar duit untuk daftar masuk hotel pula kan? Sebab tu lah biasanya orang akan cakap dah "check in" gua belum?hahahaha

p/s sekadar gurauan tiada kena mengena dengan mereka yang pasukannya asyik kalah sahaja.


Labels: