KENDERAAN SENDIRI VS PENGANGKUTAN AWAM

Selalunya ana akan pergi ke tempat kerja menaiki kenderaan  sendiri iaitu Green Monster iaitu Modenas Ace 115 kesayangan ana. Namun begitu, baru-baru nie ana mencuba untuk ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam pula.

Perjalanan ana adalah daripada Lrt kelana Jaya dan berakhir di Monorel Titiwangsa. Dan untuk sampai ke tempat kerja ana nie, memerlukan ana untuk menukar train di Kl Sentral iaitu menukar daripada LRT ke Monorel.

Kos yang ana perlukan untuk menaiki 2 kenderaan awam ini iaitu LRT dan Monorel adalah sebanyak RM7.50 (LRT RM3.40, monorel RM4.10) sehala. Dan jika dikira-kira perjalanan dua hala akan melibatkan kos sebanyak RM15 sehari.

Sedangkan jika ana menunggang motorsikal, kos yang ana perlukan adalah sebanyak RM5 untuk mengisi minyak motorsikal kesayangan ana itu yang mampu bertahan selama 2 hari setengah iaitu perjalanan daripada Lembah Subang ke Titiwangsa.

Jadi manakah yang lebih menjimatkan? Adakah menaiki kenderaan awam ataupun kenderaan sendiri? Bagi ana sudah semestinya kenderaan sendiri iaitu dengan menaiki motorsikal. Macam mana nak mengalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam andai kos itu lebih tinggi berbanding dengan kenderaan sendiri.


Labels: