Perang Jutawan Kosmetik


Gambar sekadar hiasan

Boleh dikatakan sekarang nie umpama peperangan Jutawan Kosmetik dalam memberikan penajaan kepada pasukan-pasukan yang akan beraksi di dalam Liga Malaysia musim 2016.

Selepas Dato Vida yang menaja pasukan The Red Warriors sehingga menukar nama panggilan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior selain ingin menukar warna stadium kepada warna merah jambu.

Kini giliran Dato' Aliff Syukri pula yang dikatakan akan menaja pasukan Selangor tetapi dengan syarat menukar stadium ke warna hijau dan menukar slogan pasukan terlajak gol.

Dan semalam satu lagi syarikat kosmetik telah menaja pasukan yang akan beraksi di Liga Premier musim 2016 iaitu pasukan PKNS FC yang menerima penajaan jutaan ringgit daripada syarikat kosmetik perawan sdn bhd.

Dan ura-ura terbaharu, Rita Sosilawati pula dengar-dengarnya ingin menaja pasukan juara untuk menghadapi musim liga musim ini dengan jenama kosmetik syarikatnya NV Beauty.

Nampaknya semakin banyak syarikat kosmetik membuka mata untuk menaja pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia 2016. Apakah selepas ini pelakon-pelakon dah tak boleh cari makan kerana pemain bola lepas nie makin kacak-kacak belaka.

Labels: