Persembahan Paling Terbaik AJL 30

Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan lagu Akim & The Majistret telah diangkat sebagai Juara Lagu.


Akim & Majistret yang membawakan lagu potret juga turut memenangi anugerah persembahan terbaik pada AJL kali ini. 

Namun begitu, ada satu persembahan yang berjaya menarik perhatian ana dan rasanya ramai juga berpendapat dengan ana untuk mengangkat persembahan ini sebagai persembahan paling terbaik kali ini.

Persembahan yang ana maksudkan adalah lagu Assalammualaikum nyanyian Faizal Tahir. Persembahan Faizal Tahir mempunyai banyak mesej yang cuba disampaikan dalam persembahannya.



Dan pastinya ramai tersentuh di mana persembahan Faizal Tahir turut menunjukkan selingan video mengenai peperangan yang berlaku di negara umat Islam masa kini seperti di Palestin dan Syria.

Ianya juga berjaya membuka mata hati kita yang terleka dengan segala kesenangan sedangkan saudara kita di dalam mahupun luar negara tidur dalam kelaparan.

Tempat ketiga Anugerah Juara Lagu telah dimenangi oleh Caliph Buskers menerusi lagu Hanya Namamu karya Edry Abdul Halim.




Labels: