Aku Merinduimu

Sungguh aku merinduimu
Merindui tangisanmu
Tangisan yang menyenangkan hati ummi dan babamu

Jodoh kita tak panjang
Kau pergi saat kami memerlukan dirimu
Merinduimu setiap saat dan ketika
Memanggil namamu dalam sedar dan leka
Kau umpama permata yang tiada gantinya

Aku merinduimu
Ummimu juga begitu
Setiap saat dan tika mengenangkan dirimu
Air mata membasahi muka comel ummi wahai wildanku

Bila menghampiri pusaramu
Terasa seolah-olah engkau sedang mengukirkan senyuman
Ummi pun sama tersenyum
Baba gembira melihat ummi begitu

Sejak dirimu pergi Huzaifah
Ummi dah tak macam dulu
Nampak luaran seolah tiada apa terjadi
Tetapi dalam hati hanya siDia yang mengerti

Huzaifah maafkan kami
Maafkan baba dan ummi
Kami lemah dalam banyangan
Senyuman kami tiada erti
Kerana dikau tiada disisi

Setiap kali melihat kelahiran
Sudah pasti wajahmu hadir dalam ingatan
Saat azan bergumandang
Teringat baba pernah azankan dan iqamatkan kamu

Orang cakap jangan dibicarakan lagi
Yang pergi biar pergi
Tapi apa yang mereka semua tau
Andai tidak pernah mengharungi liku-likunya

Ada yang cakap kau menanti kami di Syurga
Tapi layak ke kami ke sana
Sedangkan diri berkelumang dengan dosa
Yang tiada pengakhirannya

Sungguh aku merinduimu
Ummi juga begitu




Labels: