Baru 2 Perlawanan, Sudah Ada Jurulatih Direhatkan

Baru 2 perlawanan, sudah ada jurulatih Liga Malaysia yang direhatkan. Dan jurulatih yang direhatkan adalah Ahmad Yusof. Jurulatih yang mengemudi pasukan Terengganu selepas mengambil alih tugas Hj Rahman Ibrahim musim lalu.


Tugas Ahmad Yusof akan diambil alih oleh pembantunya pada musim ini iaitu Mike Mulvey yang dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih baharu skuad Sang Penyu itu.

Untuk rekod, Mike pernah membawa pasukan Brisbane Roar muncul Juara A-League Australia. 

Sudah semestinya ianya diharapkan oleh penyokong agar dapat membawa perubahan skuad Terengganu bagi menghadapi Liga Malaysia.


Labels: