KBBA9 Di Taman Negara Part 1 (Han Rainforest Resort dan Trekking Bukit Terisek)

Pada 19 Februari yang lalu ana bersama-sama 34 orang lagi blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dapat turut serta menyertai Ekpedisi ke Taman Negara Kuala Tahan. 




Kitaorang telah berkumpul di Matic sebelum berangkat ke Han Rainforest Resort pada jam 9.30 malam. Tapi ana pukul 6 petang dah terpacak di Matic. Sebab excited punya pasal.

Sampai sahaja di resort, kitaorang telah diberikan bilik untuk merehatkan badan, sebelum memulakan aktiviti pertama di Taman Negara pada sebelah paginya. 


Bilik kitaorang di Han Rainforest Resort

Tapi ana memang tak boleh tidur masa tu, sebabnya tak sabar nak melihat keindahan alam flora ciptaan Allah yang agung nie, sebelum nie cuma lihat dalam televisyen je.

Dan seawal 7 pagi, ana bersama-sama sahabat blogger bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi pertama ke Bukit Terisek, tapi kami memulakan perjalanan trekking ke sana pada jam 9 pagi. 






Muka masing-masing ketika itu, hanya Allah yang tahu, memang nampak keterujaan trekking sambil menghayati keindahan dan kehijauan alam flora. Tapi selepas 30 minit berjalan, masing-masing sudah menampakkan keletihan, mana tidaknya masing-masing tak begitu fit sebelum ke Taman Negara, terutamanya ana.



Kami sampai ke Puncak Bukit Terisek pada jam 12 tengahari. Tapi segala kepenatan berbalas kerana dapat melihat keindahan Ciptaan Allah yang begitu mempesonakan dan tidak mampu diungkap dengan kata-kata.



Akan bersambung : 



Labels: