Kerana SRK Universe Malaysia, Aku Terjebak Akhirnya

Kalau ikutkan ana tak pernah pun layan cerita-cerita bollywood di pawagam. Dan ini merupakan kali pertama ana layan bollywood di pawagam, itupun rasanya agak terlewat juga dah untuk melayan cerita Dilwale ini.


Dan tak sangka sebenarnya yang ana dan isteri akhirnya terjebak dengan Dilwale, maklumlah setiap kali isteri ana ajak untuk tengok Dilwale pasti ada je alasan yang hadir di minda ana, asalkan tak layan cerita nie.


Dan segalanya menjadi kenyataan untuk isteri ana layan cerita yang menjadi sebutan ramai nie di pawagam dan yang bestnya kitaorang layan bersama-sama dengan sahabat-sahabat  daripada Kelab Peminat No 1 Shah Rukh Khan di Malaysia iaitu SRK Universal Malaysia.





Pertama kali ana tahu mengenai kelab peminat nie. Tak sangka pula kat Malaysia nie ramai peminat SRK.Kalau korang nak tahu kelab SRK nie juga begitu aktif terutama apabila ianya membabitkan filem-filem lakonan hero kesayangan mereka, Shah Rukh Khan beraksi di dalam filem.

Selepas menyaksikan Dilwale, SRK Universe Malaysia telah memilih 3 orang pemenang bagi kategori " Best Dress".


Pemenang Best Dress

Terima kasih SRK Universal Malaysia untuk pengalaman yang berharga nie. Korang boleh ikuti dieorang menerusi Facebook dan Instagram SRK Universe Malaysia. Terima kasih SRK Universal Malaysia dan Antenna Entertainment.


Bergambar bersama geng SRK Universe Malaysia


Geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari









Labels: