Pada hari ahad yang lepas, ana dan isteri berasa penat sangat-sangat. Tak tahulah apa yang buat badan kitaorang berdua nie letih sangat-sangat. Jadi ana pun buat pilihan untuk isteri ana supaya dia berehat je hari tu, bab makanan kita order je online.
Tapi tulah puas ana fikirkan apa yang ana dan isteri nak makan, nak order makanan segera macam tak kena tekak pula, rasa nak makan nasi, mana tak ya, kan nak makan tengahari.
Fikir punya fikir, last-last baru ana teringat yang
Wendy pernah cakap yang
Shogun2u ada membuat penghantaran makanan sekitar Lembah Klang, jadi tanpa fikir panjang terus ana order makanan online kat Shogun.
Segalanya di hujung jari dengan Shogun2u
Jadi tunggu apalagi, ana pun buka laman web Shogun2u dan yang bestnya ana mengambil masa 25 minit untuk membuat pilihan selepas rambang mata, apa yang ana patut pilih dan akhirnya menu pilihan ana adalah Sweet and Sour Fish.
Kitaorang pilih satu set sebab rasanya macam dah banyak sangat dah nie, tapi rupa-rupanya ada promosi dengan setiap pembelian kita akan dapat satu set yang sama secara percuma dan ianya sehingga 23 Februari ini.
Dan ternyata menu yang ana pilih nie amat menyelerakan buat lidah ana dan isteri. Sampai licin kitaorang makan sampai tak ingat orang lainlah. Hihihi
Banyak lagi menu-menu yang disediakan di Shogun2u nie. Ada makanan Cina, Korea, Jepun dan Western. Korang pilih je nak makan apa.
Shogun2u Penghantaran secara Percuma
Dan yang paling best penghantaran yang dilakukan oleh Shogun2u adalah percuma.
Tapi kalau nak percuma korang kenalah daftar dulu untuk menjadi member di Shogun dulu dan yang pastinya ianya adalah percuma.
Kalau nak tanya-tanya atau nak cuci-cuci mata dan teguk air liur dulu boleh masuk link-link yang aku berikan ni untuk memudahkan korang .
Labels: Shogun2u | order online | delivery services.