Pengembaraan KBBA9 di Taman Negara diteruskan lagi. Selepas selesai Trekking di Bukit Terisek. Kami seramai 35 orang blogger meneruskan aktiviti yang paling dinanti-nantikan iaitu Canopy Walk, rapid shooting dan Camping di Sungai Tembeling.
Seterusnya kitaorang layan Canopy Walk. Yang difahamkan, apabila layan rapid shooting nie, baju korang pasti basah. Kalau tak basah tu bukan rapid shooting lah namanya.
Habis basah kitaorang masa nie. Siap berlawan dengan bot sebelah lagi. Memang terbaiklah walaupun pada mulanya memang takut habis, rasa cam bot nak terbalik pun ada masa tu.
Dah habis basah kuyup, kitaorang pun sampailah di tempat perkhemahan kitaorang untuk bermalam. Dan kitaorang berkhemah di tepi Sungai Tembeling yang mana, ianya juga berhampiran dengan perkampungan Orang Asli Dedari.
Terima kasih Han Rainforest Resort untuk semua aktiviti ini
Akan bersambung.