KBBA9 Di Taman Negara Part 2 (Canopy Walk, Rapid Shooting Dan Camping Di Sungai Tembeling)

Pengembaraan KBBA9 di Taman Negara diteruskan lagi. Selepas selesai Trekking di Bukit Terisek. Kami seramai 35 orang blogger meneruskan aktiviti yang paling dinanti-nantikan iaitu Canopy Walk, rapid shooting dan Camping di Sungai Tembeling.



Sebelum ana ke Taman Negara nie, antara cabaran yang paling ana takuti adalah berjalan di atas Canopy Walk ataupun jambatan gantung kerana ini adalah kali pertama ana yang gayat nie. 


Sebanyak 7 menara yang akan dilalui oleh mereka yang akan berjalan di atasnya. Semangat yang diberikan oleh sahabat blogger memberikan ana kekuatan untuk menghabiskan jalan di Canopy walk ini.


Seterusnya kitaorang layan Canopy Walk. Yang difahamkan, apabila layan rapid shooting nie, baju korang pasti basah. Kalau tak basah tu bukan rapid shooting lah namanya.

Habis basah kitaorang masa nie. Siap berlawan dengan bot sebelah lagi. Memang terbaiklah walaupun pada mulanya memang takut habis, rasa cam bot nak terbalik pun ada masa tu.



Dah habis basah kuyup, kitaorang pun sampailah di tempat perkhemahan kitaorang untuk bermalam. Dan kitaorang berkhemah di tepi Sungai Tembeling yang mana, ianya juga berhampiran dengan perkampungan Orang Asli Dedari.


Terima kasih Han Rainforest Resort untuk semua aktiviti ini

Akan bersambung.



Labels: