Negeri Sembilan Kembali Menganas Selepas Tumpas Dengan JDT

Negeri Sembilan kembali Menganas


Itulah yang boleh digambarkan oleh para penyokong pasukan Negeri Sembilan pada malam ini apabila pasukan adat pepatih tersebut berjaya menumpaskan pasukan ATM 5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Namun begitu, pasukan Negeri Sembilan terpaksa menunggu sehingga minit ke 52 untuk menamatkan kebuntuan gol menerusi jaringan pemain import Alex Smith.

Negeri Sembilan meneruskan rentak jaringam gol 60 dan 72 oleh Joel Chiannese sebelum Mohd Norhahizuan menjaringkan gol keempat skuad rusa pada minit ke 80.

Malang berterusan bagi pasukan ATM, apabila pemain mereka menjaringkan gol sendiri pada minit ke 87 yang menyaksikan pasukan Negeri Sembilan menang besar 5-0 hari ini. Syabas Jang...



Labels: